Wednesday, May 30, 2012

perempuan ego vs perempuan tak ego (situasi lepas break)

situasi selepas break,

1) perempuan ego biasanya akan berpura pura yang di langsung tak kisah dengan perpisahan itu dan,di wall fbnya kelihatan dia sungguh gembira dengan hidupya sekarang selepas berpisah

perempuan yg tak ego pulak akan post di fb dengan terus terang bahawa dia tersangatlah sedih dan kecewa dengan perpisahan itu .siap shared gmbr gmbr love lagi youu ..

2) perempuan ego tidak akan menghiraukan im/msg daripada ex nya,,,dan berpura pura bz di laman fb nye dengan meng"comment dengan orang lain(terutama lelaki) untuk menunjukkan yang ex nye itu seperti lelaki yang terhegeh hegeh .
jikapun perempuan ego ini membalas im/msg si ex tersebut ,perempuan ego ini akan sengaja membalasnye lambat lambat sehingga si ex tersebut malas nak im/msg lagi


perempuan tak ego pulak biasanya akan terus membalas dgn lajunya msg /im si ex tersebut tanpa menunggu sesaat pon .semangat taw .

3) perempuan ego akan post gambarnya dengan kawan lelaki lain yang kelihatan sgt mesra untuk menjelezkan si ex tersebut

perempuan tak ego tak akan berbuat demikian kerana untuk menjaga hati si lelaki dan berharap agar ex nye kembali ke pangkuan .

4) perempuan ego biasanya tak akan sesekali mengaku yang dia masih sayangkan si ex tersebut dihadapan kawan kawan nya .

perempuan tak ego akan terus menerus meluahkan perasaan dkt kawan kawannya betapa dia masih menyayangi si ex tersebut sehinggakan kawan kawannya naik muak dgn cerita yang sama .

5) perempuan ego biasanya akan padam no telefon si ex tersebut dari contact list untuk mengelakkan dia "ter"contact si ex tersebut apabila perasaan rindu melanda.

perempuan tak ego akan masih menyimpannya dan selamba contact si ex tersebut tanpa ragu ragu apabila rindu melanda .

6) perempuan ego akan stalk ex nye secara diam diam tanpa meninggalkan sebarang kesan "jenayah" untuk mengetahui perkembangan ex nye .dan apabila kengkawan cerita pasal si ex ,dia akan berpura pura tak tahu apa apa .bijak kan ^^

perempuan tak ego kebiasaanya akan selamba text ex nya bertanya khabar tak pun tanye kengkawan ex dia

7) perempuan ego tidak akan comment atau jarang sekali comment di wall fb si ex ,menunjukkan dia telah buang si ex itu jauh jauh dari hidupnya .

perempuan tak ego pula,bukan sahaja comment, malah siap update statusnya bertagged kan si ex lagi youu .

by derdiyzoe







p/s : nilai lah sendiri,perempuan ego ke perempuan tak ego lebih kelass .ngee :)

*ni pendapat sendiri ye,kalau salah jgn marah .kikiki





No comments:

Post a Comment