Wednesday, December 26, 2012

5 perkara membuatkan temperature hatiku increase.

hello hello kopi de milo .
sejak kebelakangan ni banyak perkara perkara yang grrr grrr (menggeramkan) berlaku .itu takena ini takena ..waduh dongggg .jadi dalam kegeraman ini,aku mengambil kesempatan untuk list kan 5 perkara yang membuatkan aku grr grrr.



1)menungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

cuba engkorang teka kenapa aku panjangkan huruf "u" dalam ejaan menunggu diatas? ianya kerana terlalu lama menunggu .uuuuuuuuuuuuu
menunggu dalam konteks ini takesah la tunggu apa pun ,tunggu pesanan makanan ke,tunggu nak order mcd ke ,tunggu nak cucuk duet kat atm ke ..semua nya membuatkan aku berasa sedikit jengkel .and untuk kehidupan aku di uitm puncak alam ni,benda yang aku paling paling paling malas sekali ialah tunggu pakcik bas ..bukan tunggu bas ye .tapi tunggu pakcik bas yang tekemut kemut ambil kami student puncak alam .kalau nak outing tesco pun perjalanan hanya memakan masa 30 minute boleh jadi 3,4,jam dek menunggu pakcik bas .ya,mungkin bukan salah pakcik bas yang tekemut kemut ,tapi mungkin sistem pengangkutan bas yang kurang sistematik .bas menuju ke tempat permainan student(setia city mall,tesco,giant ,mid valley, dan sebagainya)terlalu sedikit.walhal bas ke pasar malam kemain banyak lagi ,15 minute sekali .aku harap pihak yang terlibat boleh pantau keadaan bas yang ciput ini .,kekekeke


2)kawan yang suka memujuk

cakap pasal ni ,aku bukannya apa, aku tak suka sebab aku ni tak boleh kalau ada member member yang kaki pujuk ni .cepat cair .cair disini bukan bermaksud jatuh cinta ke hapeee..cair disini ialah aku cepat termakan pujuk rayu member.nak kata kesian pun ada .nak kata mcm tak sampai hati nak tolak pon ada . susah betul jadi hati lembut ni ..kakakaka !


3)blackout

"blackout"! satu word yang paling aku akan rasa jengkel bila dengar . kenapa? ye lah disebabkan blackout banyak perkara yang akan tergendala .nak iron baju tudung sume takleh..aleh aleh pegi kuliah selekah beno..tu takira lagi dengan kepanasan ketika dalam lecture hall .pergh lagi lagi kalau tengah belajar subject subject hardcore mcm chemist math segala bagai .aku ni dahlah takboleh belajo dlm keadaan panas panas ni .cepat sakit kepala bak ang ..hasilnya ,,,satu benda pun tak masok dlm kepala otak sbb sakit kepala.ditambah pula dengan lecture hall yang agak bising mcm pasar malam .pergh combo sakit jadinya .grrrrrrrrr



4)pengguna smart phone yang acuh tak acuh

zaman makin modern .rata rata semua pelajar sudah menggunakan smart phone yang pelbagai jenama dan gaya .pelajar sekolah jugak sudah ramai yang memilikinya hanya dengan sekelip mata .benda ni bukan tak bagus .bagus .tapi yang tak bagusnya bila aku tengah cakap, or berbual ngan minah/mamat si pengguna smart phone ni ,dia boleh pulak dok main main slide jari dia kat "cematphone" dia .Aleh aleh aku ni dah macam cakap dengan lobang hidong dia je . dan lobang hidong dia jugaklah yang akan menemani aku yang seperti org gila cakap sorang sorang .terbaikkkk ...grrrrrrrrr



5)kelas batal .

haaa yang ni bukan aku tak suka .aku sukaaa sgt bila class rep hantar msg "class batal harini " .pergh senyum sampai ke lobang telinga bile aku dapat msg serupa gini .tapi yang hangin nyeee bile aku dah siap siap turun ke fakulti dengan semangat juang yang tinggi untuk menuntut ilmu ,tiba tiba dapat satu msg cinta dari class rep "class batal ".... masa tu perasaan aku akan berbelah bahagi.kira nya inbetween laa."nak gembira" ke ,"nak tak gembira" ...okay mungkin perasaan aku mula mula rasa mcm gembira sikit selebihnya tu perasaan geram akan muncul .mana taknya bukan main semangat aku siap segala bagai .dengan turun tangga fakulti yang mengalahkan tangga batu cave tu lagi .aleh aleh kelas batal .kenapa lambat bagitahu ??huwaaaa...kalau bagitahu awal awal dari bilik tadi,boleh lah aku berehat rehat dibilik dulu,bersarapan rapan hot cokolat ke hape ke ..grrrrr grrrrr